Muat turun – Bendera dan Panji-panji

Peringatan Penggunaan Bendera Negara dan Panji-Panji Kerajaan

Orang ramai adalah diperingatkan supaya sentiasa menghormati dan memastikan penggunaan, pengibaran, paparan, penghasilan serta pengendalian Bendera Kebangsaan dan Panji-Panji Kerajaan adalah mengikut tatacara, susunan, reka bentuk, warna dan sukatan yang telah ditetapkan.

Bendera dan Panji-Panji hendaklah dipastikan berada dalam keadaan baik, bersih dan tidak digunakan dengan cara yang boleh mencemarkan, merosakkan atau merendahkan martabat lambang Negara dan Kerajaan.

Penggunaan Bendera Kebangsaan dan Panji-Panji Kerajaan bagi tujuan pengiklanan, promosi, komersial, hiasan atau apa-apa tujuan lain hendaklah mengambil kira peraturan dan ketetapan yang berkuat kuasa serta mendapatkan kebenaran pihak berkuasa yang berkenaan jika diperlukan.

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya merujuk kepada Jabatan Adat Istiadat Negara bagi mendapatkan panduan dan penjelasan berhubung penggunaan Bendera Kebangsaan dan Panji-Panji Kerajaan sekiranya terdapat sebarang keraguan.

Bendera Negara dan Panji-Panji Kerajaan bukan sekadar hiasan, tetapi merupakan lambang kedaulatan, kehormatan dan identiti Negara Brunei Darussalam. Ianya hendaklah sentiasa dihormati dan dipelihara martabatnya.

Bahan rujukan dari Jabatan Adat Istiadat Negara

Tajuk Pautan / Muat turun
Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Bendera_NBD.png
Panji-panji Kerajaan Negara Brunei Darussalam Panji-panji_NBD.png
Kod warna pada bendera dan Panji-panji
Warna HEX RGB CMYK
Kuning #F7E110* 247, 225, 16* 0, 9, 94, 3*
Putih #FFFFFF 255, 255, 255 0, 0, 0, 0
Hitam #000000 0, 0, 0 100, 100, 100, 99*
Merah #CF1126* 208, 8, 33* 0, 96, 84, 18*