Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFungsi dan Tanggungjawab


Fungsi dan tanggungjawab Jabatan Adat Istiadat Negara adalah seperti berikut:

  1. Menjalankan Majlis-Majlis Beristiadat dan Majlis-Majlis Rasmi Negara seperti yang diarahkan seperti Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Istiadat Perkahwinan Diraja, Istiadat Permasyhuran Pengiran Muda Mahkota, Istiadat Membuka Naubat dan sebagainya.

  2. Menyebarluaskan pengetahuan mengenai adat istiadat kepada rakyat dan penduduk di negara ini dengan mengadakan taklimat, ceramah, kursus dan bengkel.

  3. Bertanggungjawab dalam menyediakan surat-surat jemputan, menyusun kedudukan, penyambut tetamu dan kelengkapan tertentu dalam mengungkayahkan Majlis-Majlis Beristiadat dan Kenegaraan.

  4. Memberikan khidmat bantuan protokol dan nasihat kepada Agensi-Agensi Kerajaan, Pertubuhan-Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO’s) dan persatuan-persatuan yang melibatkan Adat Istiadat dari segi perjalanan majlis, penggunaan Alat-Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja seperti penggunaan kelengkapan tertentu termasuk susunan kedudukan terutama majlis-majlis yang melibatkan keberangkatan Kerabat Diraja dan Pembesar Negara.

  5. Menjadi urusetia bagi Persidangan Majlis Mesyuarat Adat Istiadat, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Susunan Kedudukan Pegawai-Pegawai Kerajaan Dalam Perkhidmatan Awam Di Majlis Rasmi Kerajaan dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

  6. Berperanan membuat pengesahan spesifikasi yang betul mengenai rekabentuk dan sukatan bagi barang-barang yang terkawal seperti Lambang-Lambang Peribadi Kerabat Diraja, Lambang Kerajaan, Bendera-Bendera Peribadi dan Bendera Negara Brunei Darussalam yang dihadapkan oleh pihak-pihak tertentu.

  7. Mengurus dan menyelaras hal ehwal Orang-Orang Yang Dikurniai Gelaran seperti permohonan peminjaman kewangan (loan perumahan/kenderaan), permohonan keluar negeri, membekalkan keperluan bendera peribadi, memproses pengurniaan elaun semasa Istiadat Pengurniaan Gelaran, elaun bergelar serta memproses pengurniaan elaun penyempurnaan jenazah bagi Pembesar Diraja yang meninggal dunia dan sebagainya.