Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Pentadbiran


Bahagian Pentadbiran mempunyai tiga unit kecil iaitu, Unit Pentadbiran & Kewangan, Unit Penyimpanan Alat-Alat Kebesaran, dan Unit Kenderaan. Bahagian ini diketuai oleh Setiausaha Adat Istiadat dan dibantu oleh Penolong Setiausaha Adat Istiadat.

Bahagian Pentadbiran 


I. Unit Pentadbiran & Kewangan
Unit Pentadbiran dan Kewangan ini diketuai oleh Setiausaha Adat Istiadat, tetapi pada masa kini diketuai oleh Pegawai Pentadbir Tingkat Khas (diperbantukan).  Di antara tugas dan tanggungjawab Unit ini ialah:

  1. Mengendalikan tugas-tugas pentadbiran pejabat seperti sistem GEMS, sistem TAFIS, Sistem I-Learn, sistem pengurusan fail kakitangan, sistem pengurusan fail Orang-Orang Yang Dikurniai Gelaran, persuratan, memproses permohonan logo, menyediakan lambang peribadi dan panji-panji Negara Brunei Darussalam termasuk bendera peribadi serta hal ehwal kebajikan kakitangan dan lain-lain.

  2. Memproses permohonan-permohonan seperti anggaran peruntukan kewangan, kemudahan kewangan kakitangan, kemudahan kewangan dan kebenaran keluar negeri Orang-Orang Yang Dikurniai Gelaran, permohonan peralatan / perkakas pejabat, tuntutan pembayaran kerja-kerja pembersihan pejabat dan sebagainya. 

  3. Bertanggungjawab dalam menyelaras kerja-kerja pengumpulan bagi harta benda Kerajaan termasuk Alat-Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja yang akan dihapus kira di jabatan ini. 

  4. Berperanan membuat pengesahan spesifikasi yang betul mengenai rekabentuk dan sukatan bagi barang-barang yang terkawal seperti Lambang-Lambang Peribadi Kerabat Diraja, Lambang Kerajaan, Bendera-Bendera Peribadi dan Bendera Negara Brunei Darussalam yang dihadapkan oleh pihak-pihak tertentu.

  5. Bertanggungjawab dalam mengawasi dan menjaga keselamatan dan kebersihan Bangunan Lapau dan Bangunan Dewan Persantapan Lapau, Bangunan Jabatan Adat Istiadat Negara, Pentas Diraja dan pentas-pentas lain di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dan lain-lain.

  6. Memproses pembayaran utiliti dan lain-lain.



II. Unit Penyimpanan Alat-Alat Kebesaran 
Unit ini diketuai oleh Penyimpan Alat-Alat Kebesaran Negara Kanan.  Di antara tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:

  1. Menyediakan, memelihara dan mengawasi Alat-Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja seperti Bendera Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan Kerabat Diraja, Kerusi Peribadi, Bendera Perhiasan, Bintang Petian, Kedudukan Dian, Perhiasan 4, Alat Perhiasan Diraja Empat Sekawan dan lain-lain termasuk menghapus kira. 

  2. Menyimpan, memelihara dan merekod permohonan peminjaman alat-alat kelengkapan seperti kerusi-kerusi Kerabat Diraja dan Pembesar Negara.

  3. Membekalkan kain bendera peribadi dan pakaian seragam Orang-Orang Yang Dikurniai Gelaran termasuk peralatannya seperti sinjang, arat, dastar, keris, butang, gorged, epaulettes dan lain-lain. 

  4. Menyediakan dan memasang Alat-Alat Perhiasan Diraja yang dipasang di atas kenderaan bagi Istiadat Mengurniakan Gelaran dan Kenaikan Pangkat Gelaran serta semasa pengebumian Orang-Orang Yang Dikurniai Gelaran.


III. Unit Kenderaan
Unit ini diketuai oleh Pengawas Kenderaan Tingkat I.  Di antara tugas dan tanggungjawab Unit ini ialah:

  1. Mengendalikan penjagaan, pengawasan dan pemeliharaan kenderaan jabatan ini.

  2. Bertanggungjawab bagi menyediakan kenderaan yang akan dipasangkan dengan Alat-Alat Perhiasan semasa Istiadat Mengurniakan Gelaran / Kenaikan Pangkat Gelaran dan semasa pengebumian Orang-Orang Yang Dikurniai Gelaran.

  3. Bertanggungjawab menyediakan kenderaan bagi keperluan jabatan seperti berikut:
    a) Membawa pegawai-pegawai dan kakitangan menghadiri majlis, mesyuarat, latihan dan ceramah.
    b) Menghantar surat-surat harian pejabat termasuk surat-surat jemputan bagi Majlis-Majlis Yang Beristiadat dan Majlis Kenegaraan.
    c) Membawa Alat-Alat Kebesaran Diraja seperti Kedudukan Dian, Tikar, Bantal Geguling, Kasur Namat dan Bintang Petian. 
    d) Menyediakan kenderaan bagi kegunaan Petugas-Petugas bagi Majlis-Majlis Yang Beristiadat termasuk Pengarah-Pengarah bagi membawa Ayeng Asah-Asahan semasa keberangkatan Kerabat Diraja ke Kubah Makam Diraja, membawa Pahawai-Pahawai semasa Istiadat Perkahwinan Diraja, membawa Pengandang-Pengandang Naubat bertugas setiap hari ke Istana dan lain-lain.