Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Pemberigaan


Bahagian Pemberigaan ini mengandungi tiga unit, iaitu Unit Penyelidikan & Dokumentasi, Unit Sebaran & Penerbitan dan Unit Promosi, Pameran & Arkib. Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Adat Istiadat.

Bahagian Pemberigaan

I.  Unit Penyelidikan & Dokumentasi
Unit ini diketuai oleh Pegawai Penyelidik.  Antara tugas dan tanggungjawab unit ini ialah: 

  1. Membuat penyelidikan yang berhubungkait dengan tatacara perlaksanaan Adat Istiadat Diraja yang diamalkan di Negara Brunei Darussalam.

  2. Mendokumentasikan hasil-hasil penyelidikan untuk dijadikan simpanan arkib dan rujukan jabatan. Bahan-bahan tersebut juga dapat digunakan sebagai rujukan bagi persediaan majllis-majlis termasuk penyediaan kertas kerja seminar, ceramah dan bengkel.

  3. Menyelidik, meneliti dan mendapatkan maklumat mengenai status permohonan Pengiran-Pengiran dan Awang-Awang. 



II.  Unit Sebaran & Penerbitan
Unit ini diketuai oleh Pegawai Adat Istiadat.  Antara tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:

  1. Mengendalikan aktiviti-aktiviti ceramah, taklimat, seminar dan bengkel mengenai Adat Istiadat bagi Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah menengah dan rendah, mukim-mukim, kampung-kampung, persatuan-persatuan dan pihak swasta di negara ini.

  2. Menyediakan kertas-kertas kerja yang berkaitan dengan Adat Istiadat seperti Istiadat Perkahwinan Diraja, Istiadat Permasyhuran Pengiran Muda Mahkota, Istiadat Mengurniakan Gelaran dan sebagainya.

  3. Merancang dan menyusun jadual kursus, ceramah, taklimat dan bengkel berkaitan Adat Istiadat serta menyediakan laporan statistik ceramah yang diadakan sepanjang tahun. 

III.  Unit Promosi, Pameran & Arkib
Unit ini diketuai oleh Pegawai Penyelidik.  Antara tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:

  1. Membuat promosi mengenai kegiatan jabatan seperti kursus dan bengkel melalui media elektronik dan media cetak.

  2. Menyimpan risalah-risalah, chiri-chiri, surat-surat tauliah, doa selamat dan surat jemputan dengan sempurna.

  3. Menyediakan lukisan-lukisan mengenai rekabentuk Alat-alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja, rekabentuk border kad-kad jemputan, buku program, Lambang dan Panji-Panji Teks Doa Selamat termasuk menulis khat jawi yang diperlukan dari semasa ke semasa.