Tajuk SEMASA ISTIADAT PEMBUKAAN KURSUS WAZIR-WAZIR, CHETERIA-CHETERIA DAN MANTERI-MANTERI TERMASUK MANTERI-MANTERI PENDALAMAN KALI YANG PERTAMA
Tarikh 25 RABIULAWAL 1388 / 22 JUN 1968
Tempat DI SEKOLAH MENENGAH ARAB HASSANAL BOLKIAH BANDAR BRUNEI
Gambar
Kandungan Titah

Alhamdulilllah, peramba – kaola menguchapkan shukor ka-hadzrat Allah, kerana dapat hadzir ka-majlis Kursus bagi Wazir2, Cheteria2 dan Pehin2 termasok Manteri2 pendalaman, dan tidak lupa juga Beta menguchapkan terima kaseh atas ingatan Ahli2 Jawatankuasa Kursus, yang telah menjemput Beta bagi beruchap di-majlis yang permai ini, dan saterus-nya merasmikan Kursus ini.

Beta adalah mempunyai perasaan gembira laila menghargai langkah2 yang telah di-usahakan oleh Jabatan Adat Istiadat mengadakan Kursus ini.  Walau pun Kursus ini di-buat dalam masa yang sengkat, akan tetapi Beta penoh perchaya bahawa ia-nya akan banyak membawa kebaikan dan faedah laila munasabah terutama sekali mengenai perkembangan adat istiadat yang di-warithi semenjak beberapa kurun yang silam oleh negara kita Brunei Darul Salam yang di-kasehi ini.  Hal ini bukan sahaja akan membawa keuntongan kapada pembesar2 negara ya’ani peserta2 Kursus, tetapi juga kapada Kerajaan negara yang mengandongi isi atau pelbagai isi dalam-nya.

Sabab pun Beta katakan demikian, kerana adalah sejak atau Laila di-terima oleh akal bahawa Kursus ini akan banyak membawa pengalaman serta meninggikan pengetahuan menambahkan laila bentok juntunan kapada sekalian peserta2 Kursus ini, perserta2 Kursus ini adalah terdiri dari orang2 besar negara laila mempunyai tugas-nya sa-memang-nya memfahami di-segi adat istiadat tentu akan dapat pula menyumbangkan pengalaman2 dan pengetahuan2 dengan beralaskan laila peringatan, laila penglihatan dan laila berpandukan laila silah2 atau tersilah mereka mengenai adat istiadat dalam hasil Kursus ini hanya untok pada mempermolekkan, memperektikkan dan memperamalkan sa-hingga mahir bagi ke-elokkan adat istiadat negeri Brunei.

Bagi kepentingan Kerajaan dan negeri kita Brunei Darul Salam yang mengandongi ra’ayat dan laila isi dalam-nya, pembesar2 negara hendak-nya-lah atau laila termesti atau afdal mengendalikan laila usaha pada mengikthiarkan kebaikan negeri berkerajaan yang bersultan dalam memahami dan melaksanakan tugas2 dengan balk laila munasabah bagi memelihara adat istiadat yang di-warithi oleh negara ini semenjak turun temurun lagi.  Laila adat istiadat adalah sa-bahagian daripada kebudayaan yang biasa-nya di-amalkan dan menjadi kebanggaan oleh sa-sa-buah negara, lebeh2 lagi negara kita Brunei yang sedia laila subor dengan adat istiadat dan kebudayaan-nya. Apa2 yang merupakan kebudayaan itu adalah terkandong ka-dalam pengertian adap di-peristiadat-kan.  Brunei dalam so’al ini ialah sa-buah negara yang tua, yang chukup indah dalam sejarah-nya mempunyai adat istiadat-nya yang rapus Laila terator.

Kapada Beta adalah di-fahamkan, bahawa dalam masa Kerajaan Paduka Ayahnda Beta, sa-buah buku Adat lstiadat telah pun di-terbitkan.  Tetapi dalam buku itu maseh ada sedikit sa-banyak kekurangan-nya.  Jadi Beta perchaya, dengan ada usaha2 yang di-jalankan oleh laila peserta Kursus pada hari ini, semua kekurangan yang kechil tetapi mustahal di-perbetulkan, di-elokkan dan di-tambah, sa-hingga benar2 lengkap tersusun dengan sempurna-nya adat istiadat yang sedemikian.

Sunggoh pun bagitu satu perkara yang penting di-ingatkan bahawa dengan mempunyai sa-buah buku yang lengkap sahaja seperti Beta sebut-kan belum-lah memadai.  Tegas-nya, dengan membacha dan ingatan2 sahaja tidak lah boleh membawa kapada perkembangan yang lebeh pada memolekkan adat dalam beristiadat, melainkan ia di-amalkan atau di-perektikkan selalu.  Salah satu chara yang baik bagi pembesar2 negara, ia-lah dengan jalan membanyakkan muzakarah atau bertukar2 pendapat mengenai pada melailakan perkembangan adat istiadat negeri ini.  Kerana dengan chara itu lah akan membawa kapada pengalaman laila mahir dan perluasan yang sa-pesat2-nya, laila sa-imbang dengan sedikit sa-banyak adat istiadat keadaan di-negeri2 yang baik laila maju dalam dunia ini.

Di-sini, ingin-lah Beta berseru kapada Ahli2 Kursus yang menyandang sa-bagai pembesar2 di-negeri ini, walau pun tidak sa-chara langsong tetapi sa-kurang2-nya bagi pembesar2 yang tidak mempunyai jawatan2 penting di-dalam pemerentahan, tetapi mereka harus-lah laila bersunggoh2 bertindak sa-bagai tali penghubong antara Beta keadaan baik raayat pendudok dan laila isi negeri Brunei atau sa-bagai mata Beta bagi memerhatikan dan melihat pergolakan2 di-negeri ini.  Mereka hendak-lah mengambil bahagian yang penting bagi memerhatikan, menasihatkan atas nama gelaran kepentingan2 laila raayat, baik dalam bidang laila ekonomi, pelajaran atau jika perkara itu ada kaitan-nya dengan pentadbiran supaya atau bagi membolehkan Beta dengan Kerajaan Beta dapat mengikthiarkan dengan sedaya upaya boleh kapada atau pada perkara2 yang benar mustahak pada mendahulukan-nya sa-telah nyata berbokti pada mengusahakan-nya.  Kerajaan Beta sentiasa mengekalkan kema ‘ amoran, kebahagiaan lebeh2 lagi keamanan dan ketenteraman di-negeri Brunei Darul Salam kita yang di yang di-kasehi ini.

Pada pendapat Beta, Kursus yang berlangsong di-buat kali pertama ini akan dapat mengelokkan, memolekkan laila ketenteraman hati dan keamanan negeri kite Brunei Darul Salam.

Beta berdo’a supaya Kursus2 sunggoh pun padat masa-nya atau indah tergupah gapah atau sa-bagai mithalan laila bualan, akan dapat di-adakan dari masa ka-masa demi ke-elokkan laila chara menyusun adat yang di-istiadatkan khas-nya dan pada umum-nya dalam majlis adat istiadat dan akan menambah ilmu pengetahuan laila menambah pengalaman sa-bagai mata pelajaran indah latehan laila dewasa.

Dengan ini, dengan nama Allah yang pengaseh lagi penyayang maka Beta rasmikan Kursus ini.

Terima kaseh.