Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMatlamat Penubuhan

Penubuhan JAIN secara umumnya adalah untuk memastikan Adat Istiadat Diraja dan Adat Istiadat Kebruneian sentiasa dijaga, dipelihara, dikekalkan dan dipertahankan keasliannya sebaik mungkin agar dapat menjadi pusaka bangsa yang abadi dan dijadikan cerucuk pembinaan bangsa. Dengan ada penubuhan JAIN setentunya akan dapat memerhati dan memastikan agar perlaksanaan, pengamalan dan kesempurnaan adat istiadat khususnya Adat Istiadat Diraja itu sentiasa dipelihara. Oleh sebab itu, JAIN sentiasa berusaha memberigakan dan menyebarluaskan pengetahuan Adat Istiadat tersebut melalui ceramah, taklimat dan bengkel agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh khalayak supaya tidak mengalami kejanggalan dalam mengendalikan dan menghadiri satu-satu majlis yang diadakan.​