Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFungsi dan Tanggungjawab

Secara umumnya, fungsi dan tanggungjawab Jabatan Adat Istiadat adalah seperti berikut:

1. Menyebarluaskan pengetahuan mengenai Adat Istiadat kepada rakyat dan penduduk di negara ini dengan mengadakan ceramah, kursus, bengkel dan juga penyebaran melalui media cetak dan media elektronik.

2. Bertanggungjawab dalam menyediakan surat-surat jemputan, menyusun kedudukan dan menangani hal-ehwal yang berkaitan dengan keprotokolan termasuk juga kelengkapan di dalam mengungkayahkan majlis-majlis yang beradat istiadat dan kenegaraan.

3. Memberikan khidmat bantuan dan nasihat kepada agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan atau Non-Government Organization (NGO), persatuan-persatuan, dan institusi-institusi pengajian yang melibatkan Adat Istiadat dari segi perjalanan majlis serta kelengkapan dan susunan kedudukan yang melibatkan keberangkatan Keluarga Diraja.

4. Selaku urus setia dalam menyediakan kertas-kertas kerja dan minit-minit bagi Mesyuarat Majlis Mesyuarat Adat Istiadat, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kedudukan Pegawai-pegawai Kerajaan Dalam Perkhidmatan Awam, contonhnya seperti Majlis-majlis rasmi dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas yang dititahkan/disabdakan dari semasa ke semasa.​