Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Urus Setia

​Bahagian Urus Setia adalah diketuai oleh Penolong Kanan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara dengan dibantu oleh Penolong Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara selaku Penolong Ketua Urus Setia. Ahli-ahli yang dilantik terdiri daripada:


1. Setiausaha Adat Istiadat
2. Pegawai Protokol
3. Pegawai Adat Istiadat
4. Penolong Setiausaha Adat Istiadat
5. Penolong Pegawai Protokol
6. Setiausaha Sulit
7. Penolong Kerani Sulit.

Bahagian Urus Setia berperanan untuk menyediakan agenda, kertas-kertas kerja, dan mencatat minit mesyuarat. Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk menyediakan surat-surat bagi menjunjung dan memanggil Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Adat Istiadat, Ahli-ahli Jawatankuasa Khas Kedudukan Pegawai-Pegawai Kerajaan Dalam Perkhidmatan Awam di majlis-majlis rasmi atau mana-mana juga mesyuarat khas yang dititahkan atau disabdakan. Di samping itu juga, bertanggungjawab membuat persediaan yang diperlukan bagi mesyuarat-mesyuarat yang dimaksudkan dari semasa ke semasa.