Ula-Ula Besar dan Sumbu Layang dipacakkan antara Sandaran dan Payong Haram. Bentuknya seakan-akan tabir, mempunyai ukiran bunga warna merah, berpenyambut warna putih, diatasnya diletakkan tiga Nanglong dibawahnya bercabang tiga, tiap-tiap hujung cabang menjuntai beberapa rumbai yang diikat dengan benda yang berat supaya ia sentiasa mengurak. Dibawahnya diikat Sumbu Layang yang melintang dan hujungnya menjuntai kanan dan kiri, mankala hujungnya yang menjuntai itu disimpul kira-kira separuh, di dalam simpulan itu diisikan dengan sebiji buah naga.