The Government of Brunei Darussalam

sidebar.gif (10867 bytes)

Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara

YANG AMAT MULIA PENGIRAN LELA CHETERIA SAHIBUN NAJABAH PENGIRAN ANAK HAJI ABDUL AZIZ BIN PENGIRAN JAYA NEGARA PENGIRAN HAJI ABU BAKAR

Tarikh dan Tempat Lahir

Dilahirkan pada 23 September 1945, Kampong Kianggeh,                       Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Pendidikan

Pendidikan awal bermula di Sekolah Melayu Pekan Brunei (1954), Sekolah Melayu Jamalul Alam, Sekolah Melayu Ahmad Tajuddin Kuala Belait (1956-1958), Sekolah St. Michael’s (1958-1959) dan Maktab Antony Abell, Seria (1959-1966).

Kerjaya

Memasuki Pegawai (Merinyu) Polis bermula pada 1 Januari 1967 hinggalah 28 November 1971.   Pada 29 November 1971 hingga 1975, Yang Amat Mulia dilantik menjadi Timbalan Pengawal Kastam dan Eksais Diraja, Brunei.  Yang Amat Mulia dilantik menjadi Pengawal Kastam dan Eksais Diraja Brunei pada tahun 1975 hingga 31 Mac 2000.  Di samping itu atas menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia dilantik menjadi Grand Chamberlain bermula pada 20 Ogos 1986 hingga 1992 .  Yang Amat Mulia dilantik menjadi Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara bermula pada 1 April 2000.

Keahlian

Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Diraja, Ahli Majlis Mesyuarat Adat Istiadat, dan Ahli Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja.  Sebagai seorang Pembesar Diraja dan Pembesar Kerajaan serta menjadi Ahli Majlis-Majlis Mesyuarat, Yang Amat Mulia merupakan salah seorang yang menyumbangkan buah fikiran agar nama Pasukan Polis  diubah menjadi Pasukan Polis Diraja Brunei.    Semasa menjadi Pengawal Kastam dan Eksais Diraja, Yang Amat Mulia telah mengubah Bendera dan corak serta warna Pakaian pegawai dan kakitangan jabatan tersebut.

Gelaran & Tarikh Pengurniaan

  • Yang Amat Mulia diisytiharkan menjadi Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar apabila berkahwin dengan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.                                          (tarikh pengurniaan - 6 November 1969)

  • Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad    (tarikh Pengurniaan - 14 Januari 1970)

  • Yang Amat Mulia Pengiran  Shahbandar Sahibul Bandar               (tarikh pengurniaan - 2 Ogos1972)

  • Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah           (tarikh pengurniaan - 8 April 1975)

Bintang-Bintang Kebesaran & Pingat-Pingat Kehormatan

  • DK. (Laila Utama)                                                        15 Jul. 1972

  • DK. (Seri Utama)                                                          15 Jul. 1971

  • Grand Cordon of the Nile (Egypt)                                   17 Dis. 1984

  • Knight Grand Cross (1st Class) of the Most                                       Exalted Order of the White Elephant (Thailand)               1 Nov. 1998

  • Order of Diplomatic Service Merit Heung-In Medal                           (Republik of Korea)                                                     12 Nov. 1988 

  • Penglima Negara Bintang Sarawak                                                  (PNBS) Kehormat                                                         9 Mac 1989

  • Pingat Hassanal Bolkiah Sultan (PHBS)                          15 Jul. 1971

  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK)                                          2 Feb. 1989

  • Pingat Kerja Lama (PKL)                                             19 Dis. 1987

  • Pingat Jubli Perak                                                          5 Okt. 1997

  • Pingat Pengisytiharan Kemerdekaan                             10 Mac 1997

  • Pingat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

  • Pingat Pertabalan Sultan Selangor,                                                     Sultan Sallahuden Abdul Aziz Shah.

Tugas                                                                                                            (YANG AMAT MULIA PENGIRAN LELA CHETERIA         SAHIBUN NAJABAH)

  1. Menjadi Pengapit kepada Pengiran Perdana Cheteria Laila Diraja Sahibun Nabalah.

  2. Pembantu Pengiran Perdana Cheteria Laila Diraja Sahibun Nabalah dalam memerhatikan hal ehwal tugas-tugas yang dijalankan oleh Cheteria-Cheteria dan membuat perundingan.

  3. Mempersembahkan nasihat-nasihat yang berkebajikan kepada Sultan.

Nama Isteri & Anak-Anak                    

 Isteri:

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Hj Omar ‘Ali Saifuddien Sa’daul Khairi Waddien.

Ramai anak: 4 orang lelaki dan 1 orang perempuan iaitu:-

  1.     Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah

  2.      Yang Amat Mulia Pengiran Anak Mohamad Al-Mokhtar            

  3.     Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji ‘Abdul ‘Ali Yil-Kabier  

  4.     Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Ameenah Bushral Bulqiah

  5.     Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Qudduus.

Kegemaran

Masa yang terluang dihabiskan dengan kerja-kerja kebajikan dan bersukan.

 




|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||