Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR)

Bagi memenuhi tugas dan tanggungjawab, selaku jabatan yang berperanan di dalam menyebarluaskan pengetahuan mengenai Adat Istiadat kepada rakyat dan penduduk negara ini, JAIN secara pro-aktif bertindak dan menyusun rancangannya, seperti mengadakan jerayawara dan memberikan ceramah ke Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan; Institusi-institusi Pengajian Tinggi, Kampung-kampung; Persatuan-persatuan; dan Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Malah jabatan ini juga bersedia melayani setiap permohonan yang dipohonkan berbentuk ceramah, bengkel ataupun lawatan ke Bangunan Lapau dari semasa ke semasa.
Selain itu, JAIN juga bertanggungjawab di dalam memberikan khidmat bantuan dan nasihat mengenai dengan tata cara membuat persediaan dan perkara-perkara yang melibatkan keprotokolan bagi mengungkayahkan sesuatu majlis kenegaraan khususnya yang melibatkan keberangkatan Keluarga Diraja.
Melihat peri pentingnya adat dan budaya itu dalam membentuk pemikiran masyarakat yang sempurna bagi memberikan sumbangan kepada pembangunan fizikal dan spiritual, JAIN juga menyusun program-program untuk mengadakan Seminar Adat Istiadat yang diadakan secara berselang tahun. Seminar tersebut akan mengetengahkan pakar-pakar dan para sarjana budaya dan adat Melayu Brunei, Budaya dan Adat Melayu Nusantara. Di antara perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh JAIN kepada orang ramai adalah seperti berikut:


No

Beberapa perkhidmatan JAIN berkaitan dengan TPOR (Tekad Pemedulian Orang Ramai)

 

Tempoh Durasi
1

Menimbang surat permohonan untuk mendapatkan ceramah, bengkel dan taklimat mengenai Adat Istiadat.

 

3 hari
2

Menimbang surat permohonan untuk dimasukkan ke dalam Senarai Jemputan Pengiran-Pengiran Peranakan.

 

14 hari
3

Memberikan kebenaran bagi permohonan untuk mengadakan Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja.

 

2 hari
4

Menimbang surat permohonan untuk mendapatkan Senarai Jemputan di Majlis-Majlis Yang Beristiadat.

 

3 hari
5

Memberikan ulasan dan pandangan ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengenai permohonan daripada Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Persatuan-Persatuan dan Syarikat-Syarikat Swasta untuk menggunakan logo masing-masing.

 

3 hari
6

Memberikan ulasan dan pandangan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja mengenai penahanan bendera Negara Brunei Darussalam dan benda-benda yang mengandungi Panji-Panji Kerajaan yang dibuat atau dibawa masuk dari luar negeri melalui pos-pos kawalan.

 

1 hari
7

Memberikan kebenaran permohonan dari Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Persatuan-Persatuan dan Ahli-Ahli Perniagaan untuk meminjam bendera dan kerusi peribadai dan alat-alat pecah belah dan lain-lain yang melibatkan keberangkatan Diraja di dalam Majlis-Majlis Rasmi yang diadakan.

 

 

2 hari