Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Pentadbiran

Bahagian Pentadbiran mempunyai tiga unit kecil iaitu, Unit Pentadbiran & Kewangan, Unit Penyimpanan Alat-Alat Kebesaran, dan Unit Kenderaan. Bahagian ini diketuai oleh Setiausaha Adat Istiadat dan dibantu oleh Penolong Setiausaha Adat Istiadat.

 


I. Unit Pentadbiran & Kewangan
Unit Pentadbiran ini diketuai oleh Setiausaha Adat Istiadat. Di antara tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:

  1. Mengendalikan tugas-tugas pentadbiran pejabat seperti sistem GEMS, Sistem TAFIS, Sistem I-Learn, sistem pengurusan fail kakitangan, sistem pengurusan fail Orang-Orang Yang Dikurniai Gelaran, persuratan, memproses permohonan logo/lambang, hal ehwal kebajikan kakitangan dan lain-lain.
  2. Memproses permohonan-permohonan seperti anggaran peruntukan kewangan, kemudahan kewangan kakitangan, kemudahan kewangan dan keluar       negeri Orang-Orang Yang Dikurniai Gelaran, permohonan peralatan/perkakas pejabat, tuntutan pembayaran kerja-kerja pembersihan pejabatan dan         sebagainya.
  3. Memproses pembayaran utiliti dan lain-lain.
  4. Mengawasi dan menjaga keselamatan dan kebersihan bangunan, Pentas Diraja dan pentas-pentas lain di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
  5. Meneliti dan mengeluarkan surat kebenaran bagi barang-barang yang terkawal seperti Lambang-Lambang Peribadi, Lambang Kerajaan dan Bendera         Negara Brunei Darussalam yang dibawa masuk melalui Pos-Pos Kawalan Kastam dan Eksais Diraja.
  6. Bertanggungjawab dalam mengawasi dan menjaga keselamatan dan kebersihan bangunan, Pentas Diraja dan pentas-pentas lain di Taman Sir Muda Omar ‘Ali Saiifuddien, Bandar Seri Begawan.

II. Unit Alat-Alat Kebesaran
Unit ini diketuai oleh Penyimpan Alat-Alat Kebesaran Kanan dan dibantu oleh Penyimpan Alat-Alat Kebesaran Negara. Di antara tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:

  1. Mengendalikan, mengawasi dan memelihara Alat-Alat Perhiasan dan Kebesaran Diraja.
  2. Menyimpan, memerlihara dan mengeluarkan alat-alat perkakas pecah-belah dan kerusi-kerusi jemputan VIP.
  3. Menyimpan dan membekalkan bendera peribadi dan pakaian seragam Orang-Orang Yang Dikurniai Gelaran termasuk peralatannya.
  4. Menyedikan dan memasang Alat-Alat Perhiasan yang dipasang di atas kenderaan bagi Istiadat Mengurniakan Gelaran/Kenaikan Pangkat Gelaran dan       semasa pengkebumian Orang-Orang Yang Dikurniai Gelaran.
  5. Bertanggungjawab dalam menyelaras kerja-kerja penggumpulan bagi harta benta kerajaan yang akan dihapus kira di jabatan ini.

III. Unit Kenderaan
Unit ini diketuai oleh Pengawas Kenderaan Tingkat I. Di antara tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:

  1. Mengendalikan penjagaan, pengawas dan pemeliharaan kenderaan jabatan ini.
  2. Bertanggungjawab bagi menyediakan kenderaan akan dipasangkan dengan Alat-Alat Perhiasan semasa Istiadat Mengurniakan Gelaran/Kenaikan Pangkat Gelaran dan semasa pengkebumian Orang-Orang Yang Dikurniai Gelaran.
  3. Bertanggungjawab menyediakan kenderaan bagi membawa Pembantu Pejabat menghantar surat-surat harian pejabat iaitu seperti surat-surat jemputan   bagi Majlis-Majlis Yang Beristiadat dan Majlis Kenegaraan.
  4. Bertanggungjawab menyediakan kenderaan bagi kegunaan Pengarah-Pengarah membawa Aing Asah-Asahan semasa keberangkatan Kerabat Diraja ke     Kubah Makam Diraja.