Bahagian Pemberigaan ini mengandungi tiga unit, iaitu Unit Penyelidikan & Dokumentasi, Unit Sebaran & Penerbitan dan Unit Promosi, Pameran & Arkib. Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Adat Istiadat.  *Juga berperanan di bahagian I. Unit Penyelidikan & Dokumentasi
Unit Penyelidikan & Dokumentasi ini diketuai oleh Pegawai Adat Istiadat dan dibantu oleh Pegawai Penyelidik. Antara tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:
- Membuat penyelidikan yang berhubungkait dengan tatacara perlaksanaan Adat Istiadat Kebruneian khususnya Adat Istiadat Diraja dan juga adat istiadat yang diamalkan oleh puak-puak Melayu Brunei.
- Mendokumentasikan hasil-hasil penyelidikan untuk dijadikan simpanan arkib dan rujukan sekunder bagi para penyelidik khususnya Mahasiswa yang menulis Latihan Ilmiah, Dissertasi atau Thesis bagi pengajian mereka. Bahan-bahan tersebut juga dapat digunakan rujukan bagi penyediaan kertas kerja seminar, ceramah dan bengkel.
- Menyelidik, menilai dan menentukan keputusan mengenai tuntutan status Pengiran-pengiran dan Awang-Awang.
II. Unit Sebaran & Penerbitan
Unit Sebaran & Penerbitan diketuai oleh Pegawai Penyelidik dan dibantu oleh Pegawai Penyelidik. Antara tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:
- Mengendalikan aktiviti-aktiviti ceramah, taklimat, seminar dan bengkel mengenai Adat Istiadat bagi Kementerian-kementerian Kerajaan, Jabatan-jabatan, Sekolah-sekolah Menengah Atas dan Bawah, Mukim-mukim, Kampong-kampong, Persatuan-persatuan dan pihak swasta di negara ini.
- Menulis dan menerbitkan buku, kertas-kertas kerja dan rencana yang berkaitan dengan Adat Istiadat Diraja, Adat Istiadat Kebruneian dan Adat Istiadat Puak-Puak Melayu Brunei yang terdapat di negara ini.
- Membuat penyelidikan yang berhubungkait dengan tatacara perlaksanaan Adat Istiadat Kebruneian khususnya Adat Istiadat Diraja dan juga adat istiadat yang diamalkan oleh puak-puak Melayu Brunei.
III. Unit Promosi, Pameran & Arkib
Unit Promosi, Pameran & Arkib diketuai oleh Pegawai Adat Istiadat dan dibantu oleh Pegawai Penyelidik. Antara tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:
- Membuat promosi mengenai kegiatan jabatan yang berupa seminar, kursus dan bengkel melalui media elektronik dan media cetak.
- Merancang, menyusun dan menjaga kesempurnaan, keselamatan dan kebersihan barang-barang yang dipamerkan di balai pameran.
- Menyediakan salinan buku-buku atau artikel-artikel yang berkaitan dengan Adat Istiadat Kebruneian sama ada berupa terbitan atau yang dimuat turun daripada laman sesawang untuk dijadikan rujukan buat para penyelidik, penuntut-penutut dan Pegawai-pegawai yang memerlukan.
- Menyimpan dan menjilid buku-buku, risalah-risalah serta chiri-chiri, surat-surat tauliah, doa selamat, surat jemputan dan sebagainya.
- Menyediakan lukisan-lukisan mengenai rekabentuk alat-alat kebesaran bagi kegunaan teks-teks ceramah serta lukisan kad-kad jemputan, buku program dan sebagainya.
|